Wednesday, March 14, 2012

Checkup Jumpa Doktor (14 Mac 2012)

BP 122/79 Jumpa doktor biasa tak banyak sangat ceritanya, cuma tambah ubat Vit D sebab parathyroid tinggi, sebab badan kurang kalsium, Vit D untuk serap lebih kalsium dari makanan.

Lepas Checkup p HD, BP drop during HD 85/64, Last 79/56, post HD 90/60.

Ada appointment jumpa doktor 11 April 2012, Appointment untuk amik darah 4 April 2012.

Masa kat farmasi (amik ubat) ada sorang makcik ni tegur "Amik ubat?"
Ambe jawab, "Shopping."
Lepas makcik tu tengok ubat penuh beg plastik terus dia angguk n kata. "Betul la shopping, penuh 1 beg." hehehe...

Thursday, March 1, 2012

Sekurang-kurangnya 312 tusukan jarum setahun...

Bagi mereka yang seangkatan dengan ambe yang perlu buat HD 3 kali seminggu yang tak pernah ponteng mereka akan dicucuk sebanyak 312 kali dalam setahun!
Iaitu 156 kali untuk arteri (darah keluar dari badan) dan 156 kali untuk vena (darah masuk balik ke badan)



Setiap kali HD pesakit akan ditusuk 2 jarum, saiz jarum bergantung pada tahap kebesaran saluran darah (bahasa biasa urat). Mengikut apa yang ambe tahu setakat ini, yang paling besar adalah 15G. Pada peringkat permulaan pesakit akan menggunakan jarum 17G, bila saluran darah sudah membesar jarum 16G digunakan dan sehinggalah jarum 15G.

Lagi besar jarum blood pump boleh dilaraskan lebih laju. Bila blood pump lebih laju, tahap kebersihan darah turut meningkat.

Tuesday, February 28, 2012

Berapa banyak air yang perlu diminum?

Ada orang suka minum air banyak, ada orang tak suka minum air. Ada perkiraan untuk menentukan berapa banyak air yang perlu diminum oleh seseorang.

Timbang berat anda, setelah itu bahagikan kepada 30. Hasil bahagi itulah jumlah air yang perlu diminum liter. Contoh macam ambe berat 84kg / 30 = 2.8L. Botol mineral yang kecil biasanya 500ml / 600ml, maksudnya lebih kurang 5 - 6 botol yang perlu ambe minum

Tapi, ada perkiraan lain yang perlu diambilkira oleh pesakit ESRF macam ambe. perkiraan tersebut ialah isipadu urin harian + 1000mL/1liter. Contoh cam ambe urin 0mL+1000mL=1000mL / 1 liter. Jadi jumlah air yang boleh ambe minum hanyalah 1 liter sehari.

Tapi ada juga website yang mengatakan bahawa itu myth, tak boleh digunapakai pada zaman moden ni. maksudnya pesakit ESRF boleh ambil sebanyak air yang diperlukan oleh tubuh (kira ikut perkiraan berat badan / 30 tadi). contoh macam ambe boleh ambil sehingga 2.8liter sehari. mengikut website tersebut bila pengambilan air kurang, ginjal gagal beroperasi dan semakin kecut. Kira kena push ginjal itu berfungsi dengan ambil air yang mencukup.

p/s : Air yang berlebihan juga berbahaya bagi orang normal. Try gogel boleh dapat jawapannya.

Monday, February 27, 2012

Waiting list pun dah lebih 100...

Memandangkan Hospital Kluang dah pindah ke tempat baru, yang lebih moden dan lebih canggih, ambe pun cuba try nak buat HD kat situ. Pergi la nak daftar, nurse kat situ sarankan tak yah daftar sebab dia kata waiting list pun dah 100 lebih orang mesin pun tak banyak. Ambe daftar gak, kalau tak daftar sekarang, nanti bila nak daftar dah jadi orang ke 200 lebih ke mana tau kan.
Buat masa ni, sabar je la...

Wednesday, February 22, 2012

Checkup quarterly (3bulan sekali) 22 Feb 2012

Sehari sebelum checkup, BP drop sampai 75/54 during HD. Padah makan ubat ikut dos.

Masa checkup BP 84/56. MA terus kurangkan dos.

Methyldopa 1g (4biji) 2kali sehari
Amlodipine 5mg (1biji) 1kali sehari (sebelum ni 2 biji / 10mg)
Perindopril 4mg (1biji) 1kali sehari (sebelum ni 2 biji / 8mg)
Prazosin 1mg (1biji) 2kali sehari

Thursday, February 16, 2012

Backdated Story (25 - 27 Jan 2012)

25 Jan 2012
Rasa tak bape nak sehat. Bangun dari baring kepala rasa melayang. Pegi HD, check BP preHD 90/60 during HD 85/55 post HD 80/50.

26 Jan 2012
Masih rasa melayang. P Klinik Kesihatan biasa, amik ubat sekali konon nak mintak MC, tengok MA (Medical Assistant - Pembantu Perubatan) perempuan cam garang je, tak jadi. P klinik swasta check BP 80/60. Dia bagi garam yang mcm org cirit-birit untuk elektrolit katanya biar BP naik sikit.

27 Jan 2012
Masih melayang, pegi HD, check BP pre HD 100/70 during HD drop 86/63 post 85/50. Nurse kata maybe ambe terlebih dos anti HPT (Hypertension - Tekanan darah tinggi) drug. Dia tanya bape banyak ubat ambe makan. ambe bagi complete dengan sukatan harian. So, diorang kata hold dulu, jangan makan.

Start hari tu da tak makan. BP normal 130/95 - 110/80.

p/s: Penghidap HPT disarankan mempunyai BP monitor sendiri, check BP bila normal elakkan makan ubat atau kurangkan dos. Tapi masa checkup cakap ngan MA/Doktor tentang masalah yang dihadapi, mungkin dos akan dikurangkan.

Checkup quarterly (3bulan sekali)

Lupa tarikh dan lupa kali ke berapa, yang penting BP masih 180/90 - 220/100 dalam lingkungkan tu la. Jadi dos dan ubat pun ditambah.

Methyldopa 1g (4biji) 2kali sehari
Amlodiapine 10mg (2bijiX5mg) 1 kali sehari
Perindopril 8mg (2biji) 1kali sehari
Prazosin 1mg (1biji) 2kali sehari

Sekali amik ubat da cam shopping, penuh beg plastik.

Backdated Story (1 May 2010)

Sekali lagi admitted, kali ni di Hospital Kluang (Hospital Zaman Perang Dunia ke 2). Dada rasa tak selesa, apa lagi, isteri pun mendesak ambe ke hospital. Sampai je kat A&E, Hospital Kluang, ambe tergelabah, banyak tersasul cakap. SpO2 masa tu 70% BP 220/100. Bila tau sesak nafas, diorang cucuk IV (intravenous) line kat tangan kanan, untuk masukkan ubat lasix yang ambe tau untuk keluarkan cecair badan melalui kencing, tapi masalahnya kencing ambe tak kluar, air penuhi paru-paru. Lepas tu diorang cucuk plak IV line kat kaki, sebab dah takde tempat lain, kali ni untuk turunkan BP. Bila syringe pump on satu badan rasa cam kejang. Tiga hari admitted, 2 hari kat HDW (High Dependency Unit) cam ICU tapi skala kecil. Katil dia sama cam katil wad biasa kat HSI, memang agak daif gak. 1 hari kat Wad Biasa kelas 3, katilnya memang rapat, tak seselesa HSI walaupun kelas 3 ruang memang luas. Discharge pastu p HD kat center luar.
Oleh kerana BP agak tinggi pada kali ini, dos pun bertambah lagi
Methyldopa 1g (4biji) 2kali sehari
Amlodipine 10mg (1biji) 1kali sehari
Prindopril 8mg (2biji) 1kali sehari
Kali ni, makan banyak adalah penyebabnya.

p/s: Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap.

Backdated Story (27 Dis 2010)

Hari Sabtu dan Ahad (25 & 26 Dis) rasa something. Paru-paru rasa tak selesa, sama cam sebelum admitted hari tu. Digagahkan juga.
So hari Isnin 27 Dis drive ke klinik kesihatan, niat nak mintak MC. Tapi doktor soh check SpO2, kali ni 70%. BP plak naik mencanak 220/100. Doktor soh rujuk ke hospital. First time naik ambulan terus ke A&E, HSI. Sekali lagi admitted ke Wad 7A. Dijadualkan untuk HD 4jam with heparin. Masa HD ada sorang HO (Houseman Officer - Doktor Pelatih) jaga. Lepas abeh HD, dia check dan kata perkembangan yang memberangsangkan. So MO kata ambe akan discharge keesokan hari. Bila isteri soal siasat apa yang ambe makan sehingga jadi punca sebegitu, ambe jawab daging lembu. Dua hari berturut ambe makan Nasi Goreng USA. Apa lagi, kena leter la.
Disebabkan BP tinggi dos methyldopa ditambah kena telan 500mg (2biji) 2kali sehari dan ditambah 1 ubat lagi amlodipine 10mg (1biji) 1 kali sehari

p/s : Daging lembu patut dielakkan bagi pesakit ESRF.

Backdated Story - Wad7A & Wad8A, HSI, JB (6 - 16 Nov 2010)

6 Nov 2010
BP turun lagi 140/90. Macam orang sihat, kat leher takde mende yang mengganggu. Malam tu kena transfer ke Wad 8A.

7 Nov 2010
BP masih 140/90.

8 Nov 2010
BP masih 140/90. Berita yang menggerunkan diterima, CVC sekali lagi perlu dipasang, kali ni di atas peha kanan, di pelipat. Ambe terus disuruh ke treatment room dan baring atas surgery table. Kali ni baru merasakan kesakitan yang amat. Serius, kalau dia suruh pilih antara CVC kat leher dengan kat peha, ambe lebih rela kat leher. Lepas beberapa jam abih surgery, kena HD 4jam with heparin.

9 Nov & 10 Nov 2010
BP masih sama. Sakit kat pelipat kalau duduk, menekan ke pinggang.

11 Nov 2010 & 12 Nov 2010
Dijadualkan untuk HD 4jam with heparin.

13 Nov 2010
Appointment dengan Dr Mazri di Hospital Pakar Johor untuk review AVF. AVF boleh diguna lebih kurang 18 Nov.

14 Nov 2010 & 15 Nov 2010
Senak terasa dengan adanya CVC.

16 Nov 2010
Dijadualkan untuk HD 4jam with heparin. Lepas HD CVC akan dicabut, alangkah leganya hati. Discharge lepas cabut. Malam gak la sampai rumah, hurm Home Sweet Home.

Wednesday, February 15, 2012

Backdated Story - CCU, HSI, JB (29 Okt - 5 Nov 2010)

29 Okt 2010
BP masih tak turun walaupun dah diberi ubat menggunakan syringe pump, SpO2 ok gak la sebab kena pakai tiub oksigen. Bila check darah Creatinine terlampau tinggi 2k mg/dl lebih dan Urea lebih tinggi dari had normal jadi doktor nasihatkan untuk buat HD melalui CVC (Central Venous Catheter) yang dimasukkan di leher sebelah kanan. Mula-mula memang takut, tapi buat je lah. Doktor masukkan mende tu tak rasa apa, tetiba aje doktor kata dah siap. HD tanpa heparin memakan masa 2 jam, untuk kali pertama. Malam aku tak boleh tidur, kaki cramp, sister kata 1st time buat HD memang akan jadi camtu.

30 Okt 2010
BP dah 220/100 masih lagi diberi ubat melalui syringe di syringe pump. Masih guna tiub oksigen. Blood test untuk pagi itu bukan khabar gembira, sebaliknya mengubah kehidupan untuk selamanya, hasil diagnose, disahkan sebagai pesakit ESRF yang perlu menjalani kehidupan dengan bantuan mesin HD. Jadi doktor suruh prepare RM1.5k untuk minor surgery untuk buat AVF (Arteriovenous Fistula) atau bahasa melayu ialah tapak untuk cuci darah. Appointment dibuat dengan Dr Mohd Mazri bin Yahya di Hospital Pakar Johor KPJ (ada yang panggil Hospital Pakar Sultan Abdul Samad).

31 Okt 2010
BP semakin turun tapi masih tahap bahaya 200++/100++, masih dipam ubat. Badan dah tak lemah sangat, dah boleh jalan sendiri pegi toilet. Kalo tak kena tunggu isteri datang.

1 Nov 2010
BP masih tahap bahaya. Nafas da agak teratur dan mudah. Sekali lagi dijadualkan untuk HD kali ni 4jam with heparin.

2 Nov 2010
BP masih 200++/100++. Hari ni kena surgery kat tangan kiri. Malam tak boleh nak tidur, tempat surgery tu sakit sangat. Da tak guna tiub oksigen SpO2 90++%

3 Nov 2010
BP masih 200++/100++. Dijadualkan untuk HD 4jam with heparin. Bermulalah kehidupan dengan restricted fluid intake 1liter/hari.

4 Nov 2010
BP masih tahap bahaya. Sister semua takut keadaan BP yang belum ke tahap normal, sering bertanya keadaan diri, sakit kepala ke tak, diorang takut arteri otak meletup. Tapi ambe rasa cam biasa je.

5 Nov 2010
BP dah turun ke 180/95. Sister tanggalkan line syringe pump, sebab diorang kata ubat syringe pump da berjaya turunkan sampai ke tahap yang kurang bahaya. Cuma kena teruskan ambil ubat, Mehyldopa 250mg dua kali sehari. Dijadualkan untuk HD 4jam lagi with heparin sebelum CVC dicabut kerana ada infection. Silap diorang tak cuci semenjak dipasang. Doktor kata ambe da tak sepatutnya ada kat CCU, boleh transfer ke wad biasa. Lepas maghrib diorang transfer ambe ke Wad 7A.

Backdated Story (25 - 29 Okt 2010)

25 Okt 2010 - Kerja seperti biasa, tapi badan rasa lemah, naik tangga 1 aras pun da rasa sesak. Seharian lepak je tak buat apa-apa kerja. Malam tak boleh tidur baring, mesti tersedar rasa macam paru-paru dah tak muat nak masuk oksigen.

26 Okt 2010 - MC - cirit birit, muntah-muntah, tak boleh makan nasi, mesti terkeluar balik. Malam gerak ke Terengganu nak amik mak mertua untuk jaga isteri yang baru lepas keguguran. Sampai awal pagi.

27 Okt 2010 - Sambung MC - Cirit birit, muntah-muntah. Lagipun dah lewat sampai Johor, tak dan nak pegi kerja. Malam masih terjaga, rasa yang sama.

28 Okt 2010 - Kerja. tapi tak buat kerja. duk lepak, naik tangga 1 aras pun dah semput. Semua kata muka pucat. Malam terjaga, kejutkan isteri, isteri ajak p klinik. P penawar, doktor tak buat ape, cuma bagi surat rujukan soh p hospital. Balik rumah semula. Dah tak boleh tahan, isteri ajak p hospital.

29 Okt 2010 - Awal pagi p A&E (Accident&Emergency - Wad Kecemasan),HSI (Hospital Sultan Ismail, JB)
diorang check SPO2 (Saturation of Peripheral Oxygen - Kandungan Oksigen dalam darah) 70%
BP (Blood Pressure) 240/120. Doktor suspect paru-paru berair, warded, ward 7A.
Bila check ECG (Electrocardiogram) ritma jantung tak normal, suspect lemah jantung plak, ditolak masuk ke CCU (Coronary Care Unit - Unit Rawatan Jantung).