Wednesday, February 15, 2012

Backdated Story - CCU, HSI, JB (29 Okt - 5 Nov 2010)

29 Okt 2010
BP masih tak turun walaupun dah diberi ubat menggunakan syringe pump, SpO2 ok gak la sebab kena pakai tiub oksigen. Bila check darah Creatinine terlampau tinggi 2k mg/dl lebih dan Urea lebih tinggi dari had normal jadi doktor nasihatkan untuk buat HD melalui CVC (Central Venous Catheter) yang dimasukkan di leher sebelah kanan. Mula-mula memang takut, tapi buat je lah. Doktor masukkan mende tu tak rasa apa, tetiba aje doktor kata dah siap. HD tanpa heparin memakan masa 2 jam, untuk kali pertama. Malam aku tak boleh tidur, kaki cramp, sister kata 1st time buat HD memang akan jadi camtu.

30 Okt 2010
BP dah 220/100 masih lagi diberi ubat melalui syringe di syringe pump. Masih guna tiub oksigen. Blood test untuk pagi itu bukan khabar gembira, sebaliknya mengubah kehidupan untuk selamanya, hasil diagnose, disahkan sebagai pesakit ESRF yang perlu menjalani kehidupan dengan bantuan mesin HD. Jadi doktor suruh prepare RM1.5k untuk minor surgery untuk buat AVF (Arteriovenous Fistula) atau bahasa melayu ialah tapak untuk cuci darah. Appointment dibuat dengan Dr Mohd Mazri bin Yahya di Hospital Pakar Johor KPJ (ada yang panggil Hospital Pakar Sultan Abdul Samad).

31 Okt 2010
BP semakin turun tapi masih tahap bahaya 200++/100++, masih dipam ubat. Badan dah tak lemah sangat, dah boleh jalan sendiri pegi toilet. Kalo tak kena tunggu isteri datang.

1 Nov 2010
BP masih tahap bahaya. Nafas da agak teratur dan mudah. Sekali lagi dijadualkan untuk HD kali ni 4jam with heparin.

2 Nov 2010
BP masih 200++/100++. Hari ni kena surgery kat tangan kiri. Malam tak boleh nak tidur, tempat surgery tu sakit sangat. Da tak guna tiub oksigen SpO2 90++%

3 Nov 2010
BP masih 200++/100++. Dijadualkan untuk HD 4jam with heparin. Bermulalah kehidupan dengan restricted fluid intake 1liter/hari.

4 Nov 2010
BP masih tahap bahaya. Sister semua takut keadaan BP yang belum ke tahap normal, sering bertanya keadaan diri, sakit kepala ke tak, diorang takut arteri otak meletup. Tapi ambe rasa cam biasa je.

5 Nov 2010
BP dah turun ke 180/95. Sister tanggalkan line syringe pump, sebab diorang kata ubat syringe pump da berjaya turunkan sampai ke tahap yang kurang bahaya. Cuma kena teruskan ambil ubat, Mehyldopa 250mg dua kali sehari. Dijadualkan untuk HD 4jam lagi with heparin sebelum CVC dicabut kerana ada infection. Silap diorang tak cuci semenjak dipasang. Doktor kata ambe da tak sepatutnya ada kat CCU, boleh transfer ke wad biasa. Lepas maghrib diorang transfer ambe ke Wad 7A.

No comments:

Post a Comment