Thursday, February 16, 2012

Backdated Story (1 May 2010)

Sekali lagi admitted, kali ni di Hospital Kluang (Hospital Zaman Perang Dunia ke 2). Dada rasa tak selesa, apa lagi, isteri pun mendesak ambe ke hospital. Sampai je kat A&E, Hospital Kluang, ambe tergelabah, banyak tersasul cakap. SpO2 masa tu 70% BP 220/100. Bila tau sesak nafas, diorang cucuk IV (intravenous) line kat tangan kanan, untuk masukkan ubat lasix yang ambe tau untuk keluarkan cecair badan melalui kencing, tapi masalahnya kencing ambe tak kluar, air penuhi paru-paru. Lepas tu diorang cucuk plak IV line kat kaki, sebab dah takde tempat lain, kali ni untuk turunkan BP. Bila syringe pump on satu badan rasa cam kejang. Tiga hari admitted, 2 hari kat HDW (High Dependency Unit) cam ICU tapi skala kecil. Katil dia sama cam katil wad biasa kat HSI, memang agak daif gak. 1 hari kat Wad Biasa kelas 3, katilnya memang rapat, tak seselesa HSI walaupun kelas 3 ruang memang luas. Discharge pastu p HD kat center luar.
Oleh kerana BP agak tinggi pada kali ini, dos pun bertambah lagi
Methyldopa 1g (4biji) 2kali sehari
Amlodipine 10mg (1biji) 1kali sehari
Prindopril 8mg (2biji) 1kali sehari
Kali ni, makan banyak adalah penyebabnya.

p/s: Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap.

No comments:

Post a Comment