Thursday, February 16, 2012

Backdated Story (27 Dis 2010)

Hari Sabtu dan Ahad (25 & 26 Dis) rasa something. Paru-paru rasa tak selesa, sama cam sebelum admitted hari tu. Digagahkan juga.
So hari Isnin 27 Dis drive ke klinik kesihatan, niat nak mintak MC. Tapi doktor soh check SpO2, kali ni 70%. BP plak naik mencanak 220/100. Doktor soh rujuk ke hospital. First time naik ambulan terus ke A&E, HSI. Sekali lagi admitted ke Wad 7A. Dijadualkan untuk HD 4jam with heparin. Masa HD ada sorang HO (Houseman Officer - Doktor Pelatih) jaga. Lepas abeh HD, dia check dan kata perkembangan yang memberangsangkan. So MO kata ambe akan discharge keesokan hari. Bila isteri soal siasat apa yang ambe makan sehingga jadi punca sebegitu, ambe jawab daging lembu. Dua hari berturut ambe makan Nasi Goreng USA. Apa lagi, kena leter la.
Disebabkan BP tinggi dos methyldopa ditambah kena telan 500mg (2biji) 2kali sehari dan ditambah 1 ubat lagi amlodipine 10mg (1biji) 1 kali sehari

p/s : Daging lembu patut dielakkan bagi pesakit ESRF.

No comments:

Post a Comment