Wednesday, March 14, 2012

Checkup Jumpa Doktor (14 Mac 2012)

BP 122/79 Jumpa doktor biasa tak banyak sangat ceritanya, cuma tambah ubat Vit D sebab parathyroid tinggi, sebab badan kurang kalsium, Vit D untuk serap lebih kalsium dari makanan.

Lepas Checkup p HD, BP drop during HD 85/64, Last 79/56, post HD 90/60.

Ada appointment jumpa doktor 11 April 2012, Appointment untuk amik darah 4 April 2012.

Masa kat farmasi (amik ubat) ada sorang makcik ni tegur "Amik ubat?"
Ambe jawab, "Shopping."
Lepas makcik tu tengok ubat penuh beg plastik terus dia angguk n kata. "Betul la shopping, penuh 1 beg." hehehe...

Thursday, March 1, 2012

Sekurang-kurangnya 312 tusukan jarum setahun...

Bagi mereka yang seangkatan dengan ambe yang perlu buat HD 3 kali seminggu yang tak pernah ponteng mereka akan dicucuk sebanyak 312 kali dalam setahun!
Iaitu 156 kali untuk arteri (darah keluar dari badan) dan 156 kali untuk vena (darah masuk balik ke badan)



Setiap kali HD pesakit akan ditusuk 2 jarum, saiz jarum bergantung pada tahap kebesaran saluran darah (bahasa biasa urat). Mengikut apa yang ambe tahu setakat ini, yang paling besar adalah 15G. Pada peringkat permulaan pesakit akan menggunakan jarum 17G, bila saluran darah sudah membesar jarum 16G digunakan dan sehinggalah jarum 15G.

Lagi besar jarum blood pump boleh dilaraskan lebih laju. Bila blood pump lebih laju, tahap kebersihan darah turut meningkat.