Thursday, March 1, 2012

Sekurang-kurangnya 312 tusukan jarum setahun...

Bagi mereka yang seangkatan dengan ambe yang perlu buat HD 3 kali seminggu yang tak pernah ponteng mereka akan dicucuk sebanyak 312 kali dalam setahun!
Iaitu 156 kali untuk arteri (darah keluar dari badan) dan 156 kali untuk vena (darah masuk balik ke badan)



Setiap kali HD pesakit akan ditusuk 2 jarum, saiz jarum bergantung pada tahap kebesaran saluran darah (bahasa biasa urat). Mengikut apa yang ambe tahu setakat ini, yang paling besar adalah 15G. Pada peringkat permulaan pesakit akan menggunakan jarum 17G, bila saluran darah sudah membesar jarum 16G digunakan dan sehinggalah jarum 15G.

Lagi besar jarum blood pump boleh dilaraskan lebih laju. Bila blood pump lebih laju, tahap kebersihan darah turut meningkat.

1 comment: