Wednesday, March 14, 2012

Checkup Jumpa Doktor (14 Mac 2012)

BP 122/79 Jumpa doktor biasa tak banyak sangat ceritanya, cuma tambah ubat Vit D sebab parathyroid tinggi, sebab badan kurang kalsium, Vit D untuk serap lebih kalsium dari makanan.

Lepas Checkup p HD, BP drop during HD 85/64, Last 79/56, post HD 90/60.

Ada appointment jumpa doktor 11 April 2012, Appointment untuk amik darah 4 April 2012.

Masa kat farmasi (amik ubat) ada sorang makcik ni tegur "Amik ubat?"
Ambe jawab, "Shopping."
Lepas makcik tu tengok ubat penuh beg plastik terus dia angguk n kata. "Betul la shopping, penuh 1 beg." hehehe...

Thursday, March 1, 2012

Sekurang-kurangnya 312 tusukan jarum setahun...

Bagi mereka yang seangkatan dengan ambe yang perlu buat HD 3 kali seminggu yang tak pernah ponteng mereka akan dicucuk sebanyak 312 kali dalam setahun!
Iaitu 156 kali untuk arteri (darah keluar dari badan) dan 156 kali untuk vena (darah masuk balik ke badan)



Setiap kali HD pesakit akan ditusuk 2 jarum, saiz jarum bergantung pada tahap kebesaran saluran darah (bahasa biasa urat). Mengikut apa yang ambe tahu setakat ini, yang paling besar adalah 15G. Pada peringkat permulaan pesakit akan menggunakan jarum 17G, bila saluran darah sudah membesar jarum 16G digunakan dan sehinggalah jarum 15G.

Lagi besar jarum blood pump boleh dilaraskan lebih laju. Bila blood pump lebih laju, tahap kebersihan darah turut meningkat.

Tuesday, February 28, 2012

Berapa banyak air yang perlu diminum?

Ada orang suka minum air banyak, ada orang tak suka minum air. Ada perkiraan untuk menentukan berapa banyak air yang perlu diminum oleh seseorang.

Timbang berat anda, setelah itu bahagikan kepada 30. Hasil bahagi itulah jumlah air yang perlu diminum liter. Contoh macam ambe berat 84kg / 30 = 2.8L. Botol mineral yang kecil biasanya 500ml / 600ml, maksudnya lebih kurang 5 - 6 botol yang perlu ambe minum

Tapi, ada perkiraan lain yang perlu diambilkira oleh pesakit ESRF macam ambe. perkiraan tersebut ialah isipadu urin harian + 1000mL/1liter. Contoh cam ambe urin 0mL+1000mL=1000mL / 1 liter. Jadi jumlah air yang boleh ambe minum hanyalah 1 liter sehari.

Tapi ada juga website yang mengatakan bahawa itu myth, tak boleh digunapakai pada zaman moden ni. maksudnya pesakit ESRF boleh ambil sebanyak air yang diperlukan oleh tubuh (kira ikut perkiraan berat badan / 30 tadi). contoh macam ambe boleh ambil sehingga 2.8liter sehari. mengikut website tersebut bila pengambilan air kurang, ginjal gagal beroperasi dan semakin kecut. Kira kena push ginjal itu berfungsi dengan ambil air yang mencukup.

p/s : Air yang berlebihan juga berbahaya bagi orang normal. Try gogel boleh dapat jawapannya.

Monday, February 27, 2012

Waiting list pun dah lebih 100...

Memandangkan Hospital Kluang dah pindah ke tempat baru, yang lebih moden dan lebih canggih, ambe pun cuba try nak buat HD kat situ. Pergi la nak daftar, nurse kat situ sarankan tak yah daftar sebab dia kata waiting list pun dah 100 lebih orang mesin pun tak banyak. Ambe daftar gak, kalau tak daftar sekarang, nanti bila nak daftar dah jadi orang ke 200 lebih ke mana tau kan.
Buat masa ni, sabar je la...

Wednesday, February 22, 2012

Checkup quarterly (3bulan sekali) 22 Feb 2012

Sehari sebelum checkup, BP drop sampai 75/54 during HD. Padah makan ubat ikut dos.

Masa checkup BP 84/56. MA terus kurangkan dos.

Methyldopa 1g (4biji) 2kali sehari
Amlodipine 5mg (1biji) 1kali sehari (sebelum ni 2 biji / 10mg)
Perindopril 4mg (1biji) 1kali sehari (sebelum ni 2 biji / 8mg)
Prazosin 1mg (1biji) 2kali sehari

Thursday, February 16, 2012

Backdated Story (25 - 27 Jan 2012)

25 Jan 2012
Rasa tak bape nak sehat. Bangun dari baring kepala rasa melayang. Pegi HD, check BP preHD 90/60 during HD 85/55 post HD 80/50.

26 Jan 2012
Masih rasa melayang. P Klinik Kesihatan biasa, amik ubat sekali konon nak mintak MC, tengok MA (Medical Assistant - Pembantu Perubatan) perempuan cam garang je, tak jadi. P klinik swasta check BP 80/60. Dia bagi garam yang mcm org cirit-birit untuk elektrolit katanya biar BP naik sikit.

27 Jan 2012
Masih melayang, pegi HD, check BP pre HD 100/70 during HD drop 86/63 post 85/50. Nurse kata maybe ambe terlebih dos anti HPT (Hypertension - Tekanan darah tinggi) drug. Dia tanya bape banyak ubat ambe makan. ambe bagi complete dengan sukatan harian. So, diorang kata hold dulu, jangan makan.

Start hari tu da tak makan. BP normal 130/95 - 110/80.

p/s: Penghidap HPT disarankan mempunyai BP monitor sendiri, check BP bila normal elakkan makan ubat atau kurangkan dos. Tapi masa checkup cakap ngan MA/Doktor tentang masalah yang dihadapi, mungkin dos akan dikurangkan.

Checkup quarterly (3bulan sekali)

Lupa tarikh dan lupa kali ke berapa, yang penting BP masih 180/90 - 220/100 dalam lingkungkan tu la. Jadi dos dan ubat pun ditambah.

Methyldopa 1g (4biji) 2kali sehari
Amlodiapine 10mg (2bijiX5mg) 1 kali sehari
Perindopril 8mg (2biji) 1kali sehari
Prazosin 1mg (1biji) 2kali sehari

Sekali amik ubat da cam shopping, penuh beg plastik.